ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
routine flaring | penyuaran rutin | ESG | Pembakaran sisa gas secara berkala semasa operasi biasa. Banding non-routine flaring. |
Glasgow Climate Pact | Pakatan Iklim Glasgow | ESG | Persetujuan yang dicapai semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 di Glasgow, Scotland untuk memperkukuh usaha bagi membina daya tahan terhadap perubahan iklim dan mengekang pelepasan gas rumah hijau serta menyediakan pembiayaan yang diperlukan oleh kedua-duanya. |
baseline assessment | penilaian paras dasar | ESG | Kaedah menilai dan memahami keadaan semasa sesuatu pasaran, demografi atau rantaian bekalan untuk menetapkan tanda aras bagi mengukur peningkatan matlamat prestasi dan membuat keputusan termaklum pada masa depan. |
non-routine flaring | penyuaran bukan rutin | ESG | Pembakaran sisa gas secara tidak berkala semasa operasi biasa. Banding routine flaring. |
water availability | ketersediaan air | ESG | Kemampuan hidrologi untuk menampung permintaan tambahan selepas mengambil kira penggunaan semasa, kuantiti dan kualiti air yang ada. |
climate change adaptation | penyesuaian perubahan iklim | ESG | Tindakan untuk menangani dan menyesuaikan diri kesan daripada perubahan iklim semasa atau yang dijangka berlaku. Sinonim climate adaptation. |
chance find procedure | tatacara jumpaan tak sengaja | ESG | Prosedur khusus yang perlu diikuti sekiranya sebarang objek warisan budaya ditemui tanpa dijangka semasa aktiviti atau projek dijalankan. |
|
Tesaurus |
---|
| masa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,
2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,
| Kata Terbitan : semasa, |
|
Peribahasa |
---|
| 120 Don't cry stinking fish Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain. Campak baju nampak kurap You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while. Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|