ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
social sustainability | kemampanan sosial | ESG | Kesejahteraan jangka panjang dan kualiti hidup individu dan masyarakat yang melibatkan pelbagai aspek sosial. |
ocean acidification | pengasidan lautan | ESG | Pengurangan pH air laut dalam jangka masa panjang yang disebabkan oleh penyerapan karbon dioksida daripada atmosfera. |
sustainable finance | pembiayaan mampan | ESG | Pembiayaan yang mengutamakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk meningkatkan pelaburan jangka panjang bagi pelaksanaan projek ekonomi mampan (Suruhanjaya Eropah). |
sustainable business operation | operasi perniagaan mampan | ESG | Amalan untuk mengoptimumkan kesan positif dan meminimumkan kesan negatif di samping memastikan keuntungan jangka panjang dari sudut ekonomi, alam sekitar dan sosial. |
Integrated Thinking Principles | Prinsip Pemikiran Bersepadu | ESG | Instrumen perancangan strategik untuk lembaga pengarah dan pengurusan bagi membantu menyediakan asas penciptaan nilai jangka panjang dan menerapkan amalan perniagaan mampan dalam organisasi. |
carbon capture, utilisation and storage (CCUS) | penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) | ESG | Proses menangkap dan menyimpan karbon dioksida yang dilepaskan daripada sesuatu sumber atau proses seperti loji janakuasa untuk digunakan semula bagi pelbagai tujuan termasuk untuk penyimpanan jangka panjang. |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 375 All men must die Semua orang pasti mati. Singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal. Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat. Hanya Tuhan sahaja yang daim. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|