ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
stakeholder | pemegang kepentingan | ESG | Individu atau sekumpulan individu seperti pelabur, pekerja, pelanggan, kerajaan termasuklah komuniti setempat dan global yang secara langsung atau tidak langsung mempunyai kepentingan terhadap sesebuah organisasi. |
sustainable sourcing | penyumberan mampan | ESG | Pembekalan produk dan perkhidmatan dalam rantaian bekalan yang mengimbangi kepentingan masyarakat, alam sekitar dan keuntungan. |
qualified right | hak bersyarat | ESG | Hak yang tidak mutlak dalam keadaan tertentu untuk melindungi kepentingan awam yang lebih besar seperti keselamatan negara, kesihatan awam atau hak individu lain. |
ESG Data Convergence Initiative (EDCI) | Inisiatif Penumpuan Data ESG (EDCI) | ESG | Daya usaha pemegang kepentingan ekuiti swasta yang menyelaraskan kaedah pengumpulan dan pelaporan data ESG. |
social licence to operate | lesen sosial operasi | ESG | Persetujuan, sokongan atau kepercayaan yang diberikan oleh pemegang kepentingan kepada sebuah organisasi atau syarikat untuk menjalankan aktiviti perniagaan atau projek di sesuatu kawasan. |
materiality | kematanan | ESG | Faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang penting kepada syarikat dan pemegang kepentingan. |
responsible sourcing | perolehan bertanggungjawab | ESG | Pembekalan produk dan perkhidmatan serta pengurusan hubungan antara syarikat dengan pembekal yang menitikberatkan kepentingan sosial dan alam sekitar. Sinonim supply chain responsibility. |
material topic | topik matan | ESG | Isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
inclusive supply chain | rantaian bekalan terangkum | ESG | Kaedah memperoleh barangan, perkhidmatan atau bahan mentah dengan mempertimbangkan keterlibatan semua pemegang kepentingan termasuk pembekal kecil, wanita dan komuniti terpinggir secara adil dan saksama. |
net positive impact (NPI) | impak positif bersih (NPI) | ESG | Hasil bersih sesuatu projek yang berpotensi memberikan kesan positif terhadap pemegang kepentingan, masyarakat dan alam sekitar. |
|
Tesaurus |
---|
| penting (adjektif) | Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat,
signifikan, behena;, | | Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan, |
|
Peribahasa |
---|
| 194 To fish in troubled waters Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri. Menahan lukah di pergentingan The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict. Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|