Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
hapax legomenon | hapaks legomena | Perkataan yang berlaku sekali sahaja dan memperlihatkan kepelbagaian kosa kata dalam korpus yang diteliti. |
disambiguation | penyahtaksaan | Peleraian ketaksaan dalam bahasa. Proses ini berlaku dengan adanya penandaan korpus sama ada secara manual atau automatik. |
collocation | kolokasi | Gandingan dua atau lebih kata yang berlaku dengan kerap. Contohnya, kata buku berkolokasi dengan membaca, latihan, teks, dan sebagainya. |
cluster analysis | analisis gugusan | Analisis berdasarkan kelompok kata yang berlaku secara berurutan dan berulang-ulang. Analisis ini merupakan kaedah statistik pelbagai pemboleh ubah untuk meneliti persamaan dan perbezaan antara pelbagai teks. |
downward collocation | kolokasi menurun | Senarai gandingan sesuatu kata (kolokat) dengan kata nodus yang nisbah gandingannya semakin berkurang. Kolokasi menurun lazim berlaku apabila digandingkan dengan kata leksikal berbanding kata fungsian. |
|
Tesaurus |
---|
| laku (adjektif) | 1. Dalam konteks wang bersinonim dengan sah, boleh digunakan,
2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,
| Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku, |
|
|