Pantun |
Sumber |
Tema |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman orang mabuk kepayang; Makan bukan sebarang makan, Makan kenyang mabuk seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman susah mendapat kerja; Makan bukan sebarang makan, Makan darah rakyat jelata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman kemajuan semua bebas; Makan bukan sebarang makan, Makan menyetan bekerja malas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman sekarang hidup bertuah; Makan bukan sebarang makan, Makan tulang menghisap darah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman beradab berkembang ilmu; Makan bukan sebarang makan, Makan suap orang tak malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman gelap hidup pun sulit; Makan bukan sebarang makan, Makan suap perut pun buncit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman susah sengsara hidup; Makan bukan sebarang makan, Makan sumpah perut meletup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman edan gilakan wang; Makan bukan sebarang makan, Makan tangan kena Iempang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini tiada bermalu; Makan bukan sebarang makan, Makan hati kerana dimadu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati dimabuk cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Puisi |
---|
|
Kota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 65 Make bricks without straw Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya. Seperti hendak menepung tiada berberas We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|