Pantun |
Sumber |
Tema |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman edan gilakan wang; Makan bukan sebarang makan, Makan tangan kena Iempang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Burung serindit hinggap berenam, Lima-lima terbang bersama; Wang ringgit jatuh menjunam, Jimat cermat langkah pertama. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bersembang-sembang sampai senja, Pujuk isteri tidak dipeduli; Ada wang habis dibelanja, Esok hari bergadai berkuli. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Semenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Karang bunga di Bukit Kota, Ikan salai di atas para; Sekarang penulis wang berjuta, Nilai ilmunya tidak terkiran. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tidak hinggap di pohon ara, Buang sebaris ayat dikarang; Tiada ilmu kira-kira, Wang habis di kocek orang. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Baik-baik menggali ubi, Ubi ada di atas batas; Baik-baik menabur budi, Wang habis kita melepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Puisi |
---|
|
Semenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 476 When poverty comes in at the door, love flies out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|