Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana tombak takkan tumpul, Bila selalu ditusuk ke batang; Bagaimana benak takkan mantul, Bila berguru mabuk bertunang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Encik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buruk parang dimakan karat, Besinya lemah mata pun tumpul; Buruk orang melupakan adat, Hati menyalah fikiran mantul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ambil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Anak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang sasau buat kerja, Hisap rokok asap berkepul; Kalau pisau kurang baja, Makin diasah makin tumpul. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang beradat bertanggungjawab, Hutang dibayar beban dipikul; Membuang adat hidup kan gelap, Malangnya besar akal pun tumpul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| tumpul (adjektif) | 1. Bersinonim dengan majal: puntul, muntul, ketul, pumpun, mampal, Berantonim dengan tajam
2. Dalam konteks otak bersinonim dengan majal, benak, bodoh, dungu, bebal, tele, tele-tele, tolol, tongong, ngong, bangang, bahlul, jahil, sukar mengerti, goblok.,
|
|
Puisi |
---|
|
Ambil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati.
Lihat selanjutnya... |
|