Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bukit tinggi didaki orang, Tiba di puncak badan pun letih; Sakit hati bukan sebarang, Cinta ditolak pupuslah kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air timpas pasang tak tiba Banyaklah kapal bergalah lalu; Kakiku lemas hilang bicara, Hendak berkenal terasa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Naik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jurumudi turun ke perahu, Tiba kuala pecahnya sampan; Terlalu sedap rasanya bau, Tujuh hari adinda tak makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak sepat baru berenang, Pasang tiba air pun penuh; Hendak dekat hatiku bimbang, Kupandang saja dari jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak beruk jalan melompat, Hujan tiba jatuh terlentang; Awak buruk hidup melarat, Manakah ada disapa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 202 Every flow must have its ebb Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. Ada pasang berturun naik He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|