Pantun |
Sumber |
Tema |
Kata adat bertepat-tepat, Tanda tepat halus tuturnya; Mata melihat bersifat-sifat, Tanda bersifat lurus alurnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Waktu menteri berdagang tepat, Celananya basah kena santan; Pilulah hati mengenang kampung, Rutan tanahnya dijual orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kaalau bergalah tepatlah tepat, Supaya sampah tidak terdangkut; Kalau bersalah bertaubatlah cepat, Supaya badan tidak melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau membakar bertebas-tebas, Bila menebang berpepat-pepat; Kalau menakar berpepas-pepas, Bila menimbang bertepat-tepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| tepat (adjektif) | Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;, | | Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan, |
|
|