| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Sekali pinang gugur, Sekali upih tanggal; Sekali abang mundur, Mati pun tdak menyesal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Kerana kainnya tiada Iebar, Hendak diikat pastilah tanggal; Kerana pemimpin pendusta besar, Banyaklah umat mati terjual. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Bagaimana keldai tidakkan gatal, Diberak semut pagi dan petang; Bagaimana gigi tidakkan tanggal, Awak pencarut bini peradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Hari panas pergi ke hutan, Terlanda semut duduk meracau; Laki pemalas bini penyegan, Tanggal berlumut periuk berlangau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Dari Teluk ke Pantai Lepas, Raja Mersing bertenun kain; Sudah dipeluk jangan dilepas, Biar tanggal bunga di kain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Yanglah kecil biarlah kecil, Supaya dapat mengenal dirinya; Orang tua degil biarlah degil, Supaya cepat tanggal giginya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Waktu tidur mata bengkak, Hendak berjalan kaki pegal; Mahu bercukur kepala botak, Hendak makan gigi tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
  | Gelaklah beruk mencabut kunyit, Mahu digigit terasa mual; Hendak memeluk perutnya buncit, Mahu mencubit kukulah tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | tanggal (kata kerja) |  | Bersinonim dengan terlepas, lucut, gugur, luruh, terkelupas, tercabut, londeh, copot, menggelup;,  |   |  | Kata Terbitan : menanggalkan, tertanggal,  |   
  |  
  
    
    |