Pantun |
Sumber |
Tema |
Bila cukup bilangan hari, Takdir datang ajal pun tiba; Bila hidup tahukan diri, Fikiran panjang akal sempurna. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Naik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke darat mencari gambir, Ada secemur rupa serkap; Sudah tersurat kepada takdir, Ada sedikit tersalah cakap. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jangan direndang buang nangka, Masak sebutir dibelah-belah; Jangan dikenang untung celaka, Sudah takdir kehendak Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak raja menikam pari, Kulit gutung di hujung galah; Bukan sengaja lepas ke mari, Untung takdir diberi Allah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| takdir (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan nasib, untung nasib, ketentuan, qada dan qadar, bahagian, hak, rezeki, suratan, bintang, tuah, habuan, ganjaran;, | | Kata Terbitan : takdirnya, mentakdirkan, |
|
Puisi |
---|
|
Naik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu.
Lihat selanjutnya... |
|