| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Hendak sepah diberi sepah, Tapi jangan ditukar-tukar; Hendak sumpah kuberi sumpah, Tapi jangan dilanggar-langgar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Adat Melayu pantang berzina, Berbuat zina dosanya besar; Jahatlah laku membuang sumpah, Khianat ke sumpah tuahnya pudar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Memegang sumpah mati pun mahu, Memeluk amanat pagi dan petang; Pantang memfitnah memberi malu, Menokok sahabat dari belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Taat Melayu kepada sumpah, Bila ingkar dimakan kutuk; Adat berguru pantang menyerah, Bila terlantar jangan mengaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bertabur jadi tanah. Kena sumpah seranah; Suka buat fitnah, Rumah tangga musnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Adat Melayu memegang janji, Memegang sumpah mati pun mahu; Sifat Melayu pantang mengeji, Pantang memfitnah memberi malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang beradat menepati janji, Ikrar dan sumpah dipeluk erat; Membuang adat mematikan budi, Tercemarlah nama dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apabila sepah tidak dibuang, Lalat datang semut merutung; Apabila sumpah tidak dipegang, Dilaknat orang perut pun kembung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | sumpah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,
2. Rujuk seranah
3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,
| | Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah, |
|
| Puisi |
|---|
|
Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur.
Lihat selanjutnya... |
|