| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Gegap gempita suara gendang, Muzik berperang di masa silam; Gelap rasanya dunia abang, Adik kupandang bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Gegap gempita suara penyanyi, Muzik seronok biola dan rebab; Gelaplah rasanya dunia ini, Adik merajuk tiada bersebab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Orang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Duduk beramai mengucap zikir, Begitu merdu suara Tok Aki, Sungguh malang nasib Pak Tahir, Dapat kerbau tidak berkaki. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
| Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pergi mengaji berbaju jubah, Mengangkat takbir suara jahat; Dulu janji tidak berubah, Mahunya besi lagi melarat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Muara batu berumput, Kelekati gilang gemilang; Suara saja terluput, Dalam hati manakan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Puisi |
|---|
|
Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.
Lihat selanjutnya... |
|