Pantun |
Sumber |
Tema |
Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam seronok berkuah sayur; Diam bukan sebarang diam, Diam merajuk dibawa tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gegap gempita suara penyanyi, Muzik seronok biola dan rebab; Gelaplah rasanya dunia ini, Adik merajuk tiada bersebab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau orang takut ke rimba, Manakan tahu seronok berburu; Kalau abang takut bertanya, Manakan tahu buruk baikku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang rokok tentu dihisap, Untuk melepas rasa tagihnya; Sedang seronok mahu mendekap, Kentut terlepas patah hatinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rampai-rampai di Tanjung Puri, Pulau Pandan jauh ke tengah; Seronok ramai sementara tak mati, Kalau mati dikandung tanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat untuk lantai dan dinding; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat seronok dipakai berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna pahat matanya tajam, Bila dihentak semakin masuk; Berguna adat maknanya dalam, Bila disemak makin seronok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| seronok (adjektif) | Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;, | | Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan, | Rujuk :suka, bersuka-suka;, |
|
Puisi |
---|
|
Rampai-rampai di Tanjung Puri, Pulau Pandan jauh ke tengah; Seronok ramai sementara tak mati, Kalau mati dikandung tanah.
Lihat selanjutnya... |
|