Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalaulah ubat tidak dipakai, Tentu penyakit tak akan sembuh; Kalaulah niat tidak sampai, Seribu bukit akan kutempuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padi di sawah belum dibebat, Pokok jati tidakkan tumbuh; Hati luka minta diubat, Merajuk hati tidakkan sembuh. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kalaupun daun ada uratnya, Tidak dapat meniti buluh; Kalaulah racun ada ubatnya, Tidak kan dapat menjadi sembuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Angin bertiup lautan bergelombang, Di tengah lautan kapal berlabuh; Diharap keluarga tak usahlah bimbang, Doakan sakit segera sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
|
Tesaurus |
---|
| sembuh (adjektif) | Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;, | | Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 602 The tongue is sharper than the sword Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal Lidah lebih tajam daripada mata pedang Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|