Pantun |
Sumber |
Tema |
Riuh-rendah bunyinya gendang, Tanda orang berhelat jamu; Hatiku gundah menanti abang, Bilakah gerangan dapat bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Telur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Putus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| riuh (adjektif) | Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh,
gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;, | | Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.
Lihat selanjutnya... |
|