Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyak rahsia simpan sahaja, Ada kera adalah beruk; Bunga Rafflesia bunga raja, Namanya gah baunya busuk. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ular lidi turun bertapa, Turun bertapa di pokok buluh; Fasal jadi tidak mengapa, Syukur rahsia dipegang teguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Labuan pulau di laut, Khabar berita pulau jatuh; Khabarmu tuan saya menyambut, Asal rahsia disimpan teguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Demi citra bunga-bunga, Pesta Bunga melawat Malaysia, Suami tua lupa dirinya, Isteri tersenyum menyimpan rahsia. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Raut buluh raut rotan, Duduk memtik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Raut buluh raut rotan, Duduk memetik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
|
Puisi |
---|
|
Kain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 627 Walls have ears Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too! Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|