Pantun |
Sumber |
Tema |
Pelanduk punca sembilan, Anak di dalam isi sepuluh; Harap hati nak tidur bertilam, Tubuh tergolek di lantai buluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain Bugis punca di tengah, Dibawa orang jual ke hulu; Sedang berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata tua kata berpunca, Punca melekat pada akidah; Hina bangsa kerana loba, Loba pangkat gila berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lembu siapa tambat di pantai, Punca tali di pokok asam; Ilmu siapa adik pakai, Senyum sekali manis tang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Puisi |
---|
|
Sapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa.
Lihat selanjutnya... |
|