Pantun |
Sumber |
Tema |
Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Sama susut sama rindu, Sama tak tidur siang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang dalam; Teresak-esak menanggung rindu, Sampai tak tidur siang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Letih-letak menanggung rindu, Tidur tidak menghabis malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Encik hendak ke Inderagiri, Tujuh petak dari ruang; Jangan suka puji diri, Bisa di badan tidak terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Paya Sengeram batu berjari, Buah jering dalam petak; Hairan sungguh hati kami, Lautan kering timbul katak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Masaknya buah tampoi rimba, Masak bergolek di dalam petak; Entah bertuah entah celaka, Orang menjadi awak yang tidak | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Puisi |
---|
|
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Sama susut sama rindu, Sama tak tidur siang malam.
Lihat selanjutnya... |
|