Pantun |
Sumber |
Tema |
Pepat-pepat memotong batang, Takiklah semak dengan belukar; Penat-penat abang datang, Adik tak juga mahu keluar. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pepat-pepat menebang di dinding, Hendak menanam buah betik; Penat-penat abang bertanding, Hendak melihat senyum adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Penat sudah orang menyayur, Sayangnya sayur tidak bergaram; Penatlah sudah abang menegur, Orang ditegur bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Penat sudah orang mencari, Badik dicari tidak bersua; Penah sudah abang menanti, Adik dinanti tidak menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walau penat pergi ke pantai, Di sana nanti memakan tiram; Walaupun niat kami tak sampai, Cinta di hati tidakkan padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sudahlah penat mengayak beras, Makan lemang tidak menyapa; Sudahlah surat tidak berbalas, Pesan terbuang tak pula ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Penat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Penat hamba membeli kain, Kain seberang mutunya rendah; Penat sahaja berjanji kahwin, Belum dipinang sudah berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Penat sahaja membeli badik, Badik dibeli tidak berbaja; Penat sahaja menanti adik, Adik menanti tidak setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Penat hamba mencari selasih, Selasih sudah dimakan helang; Penat sahaja menanti kekasih, Kekasih sudah dibawa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| penat (adjektif) | Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;, | | Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan, |
|
Puisi |
---|
|
Penat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik.
Lihat selanjutnya... |
|