Pantun |
Sumber |
Tema |
Pagi-pagi buat senaman, Kesihatan badan mesti dijaga; Kelapa sawit bari ditanam, Promosi dagangan sudah ditaja. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Jika pergi berburu, Singgah pekan tamu, Mahu jadi guru, Mesti kaya ilmu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kuini tumbuh renek, Buah jatuh bertabur, Ini nasihat nenek, Mesti bijak melabur. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kalau pelita sudah menyala, Tentu terang alam keliling; Kalau cinta sudah membara, Hidup mesti tak ambil pusing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| mesti (kata tugas) | Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut,
wajar, tetap, tentu;, | | Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian, |
|
Peribahasa |
---|
| 624 United we stand, devided we fall Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh* ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|