Pantun |
Sumber |
Tema |
Mengalir air mata, Air mata menteri, Engkaulah permata, Permata anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Dari Jejawi ke Kubang Gajah, Jangan simpang ke Mata Air; Mungkir janji bukan mudah, Bagai pemotong belum dibayar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air pasang mudik ke hulu, Sayang bertambur di atas getah; Bila terkenang zaman dahulu, Rasa berhambur si air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Putik nangka jangan dipindang, Kalau dipindang menjadi punai; Air mata jangan diladung, Kalau diladung menganak sungai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak itik anak angsa, Atas tepung atas peti; Bertitis air mata, Orang kampung habis benci. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Terbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 27 Better death than dishonour Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah Biar putih tulang, jangan putih mata We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|