Pantun |
Sumber |
Tema |
Putri Santubong Putri Sejenjang, Dua-dua lena beradu; Dalam hati tidak kan bimbang, Janji diikat kata dipadu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Apa kena baju kebaya, Tapihlah batik buatlah lena; Apa guna macam saya, Rupa ada pandailah tiada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tabur padi tepi perigi, Dibuat bedak menghalus pipi; Tidur lena samoai ke pagi, Rindu berkasih dalam mimpi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kapur sirih bawa ke hulu, Bekal singgah ke Bukit Permata; Tidur lena makan tak lalu, Bantal basah dek air mata. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tanam nyiur pinang tak tumbuh, Tanam sepokok dikaut lumut; Tidur malam lena tak sungguh, Kerana mimpi bertukar selimut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nyiur manis di Kampung Cina, Sepah bulan di hujung jari; Hitam manis jangan lena, Jatuh bulan abang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah betik di kedai Cina, Betik muda masak layu; Kalaulah tidur abang tak lena, Adiklah makan rasa tak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Redup-redup palu rebana, Raja berangkat ke Johor Lama; Makan tak sedap tidur tak lena, Ingatkan abang duduk di mana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina menjual kesuma, Mari dijual di Pekan Rabu; Makan tak lalu tidur tak lena, Teringat tuan saban waktu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| lena (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan lelap: nyedar, nyenyak, lenyak, lenyap, jendera, berdengkur, jerab, nidera, jenak, renyap, Berantonim dengan jaga
2. Rujuk leka
| Kata Terbitan : berlena-lena, melenakan, terlena, |
|
Puisi |
---|
|
Tanam nyiur pinang tak tumbuh, Tanam sepokok dikaut lumut; Tidur malam lena tak sungguh, Kerana mimpi bertukar selimut.
Lihat selanjutnya... |
|