Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau berjalan tertatih-tatih, Jauh lambat dekat pun lambat; Kalau berkawan tindih-menindih, Musuh dekat sahabat mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Cik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Yang lambat tentu terlambat, Hendak berlari kaki pengkar; Jambang lebat bulu pun lebat, Banyaklah isteri lari gementar | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau berjalan tidak cermat, Lambat-laun kaki terpuruk; Kalau berkawan tidak ingat, Lambat-laun pasti beramuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu bermain silat, Lambat-laun jadi hulubalang; Kalaulah malu bekerja berat, Lambat-laun mati berhutang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu berkain sarung, Lambat-laun duduk tersingkap; Kalau selalu bermain serong, Lambat-laun masuk ke lokap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu berkain gumbang, Lambat-laun tersingkap juga; Kalau selalu main belakang, Lambat-laun tertangkap juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu memecahkan cawan, Lambat-laun bercawan tempurung; Kalau selalu menyusahkan kawan, Lambat-laun berlawan sekampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu mengasah parang, Lambat-laun menjadi tajam; Kalau selalu memfitnah orang, Lambat-laun menjadi dendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Kalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 253 More haste, worse speed Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati). Terlalu cepat jadi lambat She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste. Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|