| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Yakin berdagang banyaklah laba, Untuk berlipat datang sendiri; Makin kukenang sesaklah dada, Burung dipikat dah terbang tinggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Baik-baik berjaja pala, Pala busuk laba berkurang; Baik-baik menjaga nama, Nama buruk dihina orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apabila menyukat lada, Jangan sampai terbuang; Apabila mendapat laba, Jangan melupakan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kerana kainnya sudah koyak, Hendak diikat pastilah kendur; Kerana pemimpin laba dan tamak, Banyaklah umat mati kebulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apabila cukup bilangan hari, Bila berjanji wajib dibayar; Apabila hidup bersuami isteri, Laba dan rugi tetap bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalaulah cukup membawa bekal, Kemana pergi tidakkan bimbang; Kalaulah hidup sempurna akal, Laba dan rugi tidakkan goyang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Elok cermin kerana jernih, Di sana bedak ia bubuhkan; Elok pemimpin kerana bersih, Laba dan tamak ia jauhkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Alangkah elok buah delima, Warna merah rupa berseri; Memanglah elok tuah bersama, Sama dirasa laba dan rugi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | laba (kata nama) | | Bersinonim dengan keuntungan, untung, hasil, pendapatan, perolehan, dividen, faedah, bonus;, | | | Kata Terbitan : berlaba, melabakan, |
|
|