Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.

Takrif

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang.

Takrif

Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengaut laba dengan siku.

Takrif

Selalu hendak beroleh untung banyak saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum tahu laba rugi.

Takrif

Belum tahu baik buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laba tertinggal, harta lingkap.

Takrif

Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jerih menentang boleh, rugi menentang laba.

Takrif

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rugi menentang laba, jerih menentang boleh.

Takrif

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang taksir hilang laba.

Takrif

Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.

Takrif

Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak untung menjadi buntung.

Takrif

Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
laba (kata nama)
Bersinonim dengan keuntungan, untung, hasil, pendapatan, perolehan, dividen, faedah, bonus;,
Kata Terbitan : berlaba, melabakan,