Pantun |
Sumber |
Tema |
Waktu pagi orang ke ladang, Baru kembali dilarut juga; Hatiku sedih bukan kepalang, Tuan berjanji di mulut saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang surut bawa menjala, Bila pasang kembali ke darat;, Orang patut wibawanya ada, Siapa memandang hati terpikat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Burung serindit terbang melayang, Mari hinggap di pohon jati; Wahai adinda kekasihku sayang, Kembali kasih si buah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sampai ke laut gading, Elok diberi bertih kelat; Kalau bertikai dalam berunding, Elok kembali kepada adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika gendang tidak dipukul, Manakan orang mahu bernyanyi; Jika abang tidak menyusul, Manakan hamba mahu kembali. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal Beruas ke Singapura, Singgah berlabuh di Kuala Rejang; Tidaklah puas kita berdua, Janganlah abang kembali pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Beruas datang Singapura, Tinggal berlabuh di Muara Rejang; Tidak pun kita berjodoh semula, Eloklah abang kembali pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Burung serindit terbang melayang, Mari hinggap di pohon jati; Wahai adinda kekasihku sayang, Kembali kasih si buah hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 126 Things past cannot be recalled Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled . Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|