Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau kalah main terup, Makan buah mengupas kulit; Berkuah sama menghirup, Bersambal sama mencolek. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Berjudi kalah lari ke mana, Lari ke hutan ke celah rimba; Abang nak bujang sampai ke mana, Kalau tak boleh macam adinda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal terbang masuk Perlis, Kalah berperang negeri Jerman; Bunga kembang ambil tak boleh, Ada kumbang di dalam taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam berlaga melawan itik, Sama kalah dan sama menang; Dalam berduka kawan mengusik, Bawa mengalah supaya tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Dollah mudik berkabung, Hilir-menghilir kuala Rokan; Kalau kalah abang menyabung, Masuk badan ke petas rotan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ambil buluh dibuat galah, Galah patah dimain budak; Jauh sekali menyerah kalah, Belum mencuba berganjak tidak. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Mati kayu kerana benalu, Patah kayu lahan keladi; Mati Melayu kerana malu, Kalah Melayu termakan budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Daripada ke hulu perahu bergalah, Eloklah berhenti memasang lukah; Daripada malu mengaku kalah, Eloklah mati bergalang tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudah banyak orang bergalah, Yang berenang hanya sedikit; Sudah banyak orang yang kalah, Yang menang hanya sedikit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| kalah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang, Berantonim dengan menang
2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,
3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,
| Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan, |
|
Puisi |
---|
|
Berjudi kalah lari ke mana, Lari ke hutan ke celah rimba; Abang nak bujang sampai ke mana, Kalau tak boleh macam adinda.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 31 Better death than dishonour Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|