Pantun |
Sumber |
Tema |
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak ikan perkara ikan, Ikan laut banyak lagi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis menarik hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Hitam-hitam si tampoh manggis, Buah muda di ujung dahan; Walau sedih jangan menangis, Teguh semangat tetap bertahan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ada untungnya mengait ketam, Ketam dimasak rasanya sedap; Ada untungnya berkulit hitam, Hitam tak nampak di dalam gelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Puisi |
---|
|
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 380 So many men, so many opinions. Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|