Pantun |
Sumber |
Tema |
Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Jika tempua bersarang tinggi, Kerat sebatang bunga kiambang; Jika tuan sudi disaji, Ibarat menatang bulan mengambang. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Serindit turun bersarang di lembah, Sang Pendeta dalam hikayat; Seribu tahun tidak berubah, Sanggupkah menderita sepanjang hayat? | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bernyanyi helang terbang petang, Tempat bersarang pohon rambutan; Begini malang nasibmu sayang, Tanah sehasta jadi rebutan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Kalau tidak takutkan semak, Burung bersarang di dalam padi; Kalau tidak takutkan emak, Kita bersama bertandan pagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah penghasut dimusuhi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah orang bagai sembilu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon dedap; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya mohon bercakap. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| sarang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sangkar: sangkak, kurungan, kandang, reban, pasung, kerangkengan, celung, sangluang, seron, tarang, petarangan, terak, sendong,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan tempat persembunyian, markas, kubang,
| Kata Terbitan : bersarang, bersarang-sarang, |
|
Puisi |
---|
|
Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon dedap; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya mohon bercakap.
Lihat selanjutnya... |
|