Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang beradat berlaku adil, Menyukat menimbang sesama banyak; Membuang adat laku kan jahil, Umat berperang bangsa pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang berkasar, Berlaku kasar sifatnya iblis; Jahatlah laku orang pengingkar, Berlaku ingkar adat terkikis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Pantang sekali berlaku kasar; Adat tegak tuahnya nampak, Lapang hati malu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sifat lampu sumbu dibakar, Cahayanya terang di dalam gelap; Adat Melayu berlaku sabar, Dadanya lapang faham bercakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah luka terlalu besar, Darah keluar mata pun gelap; Kalau orang tua berlaku kasar, Dosanya besar mati pun azab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tiang tengah kayu meranti, Satu patah semuanya remuk; Hilang tuah malulah diri, Berlaku salah nama busuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bunga kenangan kembang sekaki, Baru mekar harum semerbak; Tanda orang tua berlapang hati, Berlaku sabar sebelum bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau niat berkain pelekat, Jangan membeli baju kurung; Kalau niat memimpin rakyat, Jangan sekali berlaku sombong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| laku (adjektif) | 1. Dalam konteks wang bersinonim dengan sah, boleh digunakan,
2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,
| Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku, |
|
Peribahasa |
---|
| 127 What' done cannot be undone Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but what' done cannot be undone. Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|