Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
Alam), dan Billion (Kota Bharu). Kajian ini melibatkan premis perniagaan yang menjalankan perniagaan berbentuk telekomunikasi, pakaian, kasut, peralatan sukan, francais makanan, elektrik dan elektronik, permainan kanak-kanak, farmasi, perabot, perhiasan rumah, peralatan bayi dan medan selera di tiga kawasan utama, iaitu di luar kompleks, di dalam kompleks dan di tempat letak kereta. Secara umumnya kajian ini mendapati penggunaan BM di kompleks DB/MB adalah lebih bermasalah berbanding dengan MD dan MP. Domain Nama Tempat Kediaman Domain seterusnya ialah domain nama tempat kediaman. Nama tempat kediaman merujuk pada nama sesuatu kawasan atau rumah kediaman penduduk. Daripada sejumlah 316 nama tempat kediaman yang dirakam, didapati hampir keseluruhannya (99.4%) mengutamakan penggunaan BM dalam menamakan tempat kediaman. Ini merupakan satu tahap pencapaian yang sangat memuaskan
|
|
Tesaurus |
---|
| rumah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kediaman: panti, bait berek, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, apartmen, rumah teres,
rumah berkembar, banglo, vila,
2. Dalam konteks rumah tradisional bersinonim dengan rumah limas, rumah Minangkabau, rumah Melaka, rumah kutan, rumah bumbung limas,
rumah tiang enam, rumah serambi Pahang, rumah Temuan, rumah Semai, rumah Jakun, rumah panjang,
3. Dalam konteks institusi bersinonim dengan rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat,
4. Dalam konteks komersil bersinonim dengan rumah rehat, rumah tumpangan, rumah persinggahan, rumah urut, rumah sundal, rumah judi.,
|
|
Puisi |
---|
|
Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 90 Charity begin at home Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekering Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|