PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanophotonics | | | Ilmu tentang perlakuan cahaya pada bahan nanostruktur seperti bintik kuantum dan hablur fotonik, biasanya melibatkan kajian tentang sifat cahaya pada nanometer dan reka bentuk peranti fotonik yang mempunyai kecekapan yang tinggi. Ilmu ini berpotensi tinggi dalam industri komunikasi bagi membekalkan peranti berkelajuan tinggi, berkuasa rendah dan bebas gangguan seperti elektrooptik dan suis optik pada cip. Lihat juga fotonik. |
atomic spectroscopy | | | Kajian tentang sinaran elektromagnet yang diserap dan dipancar oleh atom. Oleh sebab setiap unsur mempunyai ciri-ciri spektra yang unik maka spektroskopi atom digunakan untuk menentukan kandungan unsur dalam sampel. |
demagnetization curve | | | Lengkung yang memberikan maklumat tentang kekuatan magnet, kesukaran untuk menyahmagnet dan pembentukan magnet. Lihat gelung histeresis. |
Raman spectroscopy | | | Kaedah spektroskopi getaran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang getaran molekul dan struktur bahan hablur. Contoh spektroskopi Raman mineral. |
spin-polarized tunneling component | | | Komponen khusus pada pengimbas mikroskopi terowong (STM), yang berfungsi untuk memberikan maklumat terperinci tentang fenomena magnet sampel. |
small-angle scattering | | | Kaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 10) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel. |
|
Tesaurus |
---|
| tentang (kata tugas) | Bersinonim dengan mengenai, berkenaan, berhubung dengan, berkaitan dengan, bersangkutan dengan, darihal, terhadap, untuk;, | | Kata Terbitan : bersetentang, bersetentangan, bertentangan, bertentangan, menentang, menentangkan, mempertentangkan, tertentang, tentangan, pertentangan, penentangan, penentang, |
|
Puisi |
---|
|
Buaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu.
Lihat selanjutnya... |
|