PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
atomic packing factor (APF) | | | Faktor bahagian isi padu dalam struktur hablur yang menempati atom kandungannya. Suatu kuantiti tanpa unit (dimensi) yang kurang daripada 1. dengan Natom = bilangan atom, Vatom = Isi padu atom dan unit Vsel = isi padu sel unit, r = jejari sfera dan a = panjang kubus. |
wide-angle X-ray diffraction (WXRD) | | | Kaedah untuk pencirian struktur, saiz dan orientasi bahan hablur. |
wavelength dispersive X-ray spectroscopy (WDXS) | | | Kaedah untuk mengukur keamatan sinar-X pada panjang gelombang tertentu yang dibelaukan oleh bahan hablur. Sinonim spektroskopi sebaran panjang gelombang (WDS). |
wavelength dispersive spectroscopy (WDS) | | | Lihat spektroskopi sebaran panjang gelombang sinar-X (WDXS). |
Vickers indenter | | | Jenis pelekuk yang digunakan untuk membuat lekukan berbentuk Vickers pada permukaan bahan uji. Biasanya beban sampel dalam keadaan ringan berukuran 10 gram (g) hingga 1 kilogram daya (kgf). |
variable pressure scanning electron microscopy (VPSEM) | | | Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan imej beresolusi tinggi yang berasaskan tekanan yang tinggi dan membolehkan sampel tanpa salutan konduksian dapat dianalisis |
van der Waals force microscopy | | | Kaedah pengukuran daya yang bergantung pada daya van der Waals bertindak di antara atom bukan polar dan molekul. Dalam mod sentuhan kekuatan daya van der Waals menetapkan resolusi imej. Kaedah ini penting dalam semua proses berkaitan dengan jeleketan, rekatan, geseran atau pemeluwapan. |
ultraviolet visible near infrared spectroscopy | | | Kaedah untuk menentukan sebatian kimia apabila sampel menyerap sinaran dalam jarak ultraungu ke inframerah-dekat (190 2000 nm). |
ultraviolet visible UV/Vis spectrophotometer | | | Alat yang digunakan untuk menentukan sebatian kimia dengan mengukur penyerapan cahaya yang merentasi ultraungu dan cahaya tampak. |
tunnel junction | | | Satu sawar seperti lapisan penebat nipis atau keupayaan elektrik antara dua bahan pengkonduksian elektrik yang sama. Elektron dapat melalui sawar dengan proses penerowongan kuantum. |
|
Tesaurus |
---|
| kata (kata nama) | Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz,
sebut, ujar, syarah, bahas;, | | Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan, |
|
|