PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
wavelength dispersive X-ray spectroscopy (WDXS) | | | Kaedah untuk mengukur keamatan sinar-X pada panjang gelombang tertentu yang dibelaukan oleh bahan hablur. Sinonim spektroskopi sebaran panjang gelombang (WDS). |
wavelength dispersive spectroscopy (WDS) | | | Lihat spektroskopi sebaran panjang gelombang sinar-X (WDXS). |
long range order | | | Susunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek. |
scattering length | | | Jarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser. |
star nanosphere | | | Bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer panjang yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan seperti bintang. Nanosfera bintang digunakan dalam industri untuk meningkatkan kekuatan peleburan bahan plastik. Banding nanosfera berbulu. |
deoxyribonucleic acid (DNA) | | | Polimer panjang yang merupakan ulangan nukleotida. Nukleotida ini terdiri daripada enam komponen molekul, iaitu dua purina-adenina (A) dan guanina (G), dua piramidina- sitosina (C) dan timina (T), gula-deoksiribosa dan asid fosforik. Purina dan pirimidina dipanggil asas. Panjang DNA ialah 2.2 nm - 2.6 nm. DNA wujud sebagai gabungan pasangan molekul bebenang yang bergabung kuat yang membentuk heliks berganda. Bebenang pertama dipanggil bebenang pengekodan dan bebenang kedua dipanggil bebenang pelengkap. DNA membawa maklumat genetik yang dipanggil gen. Maklumat genetik ini dibaca dan dipindahkan oleh RNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. Molekul DNA dapat digunakan dalam nanoelektronik, elektronik molekul dan nanomekanik. |
characteristic length | | | Jarak atau saiz sesuatu struktur yang membezakan ciri suatu bahan sama ada bersifat pukal atau bersifat nanozarah. Contohnya, emas berwarna kuning dalam saiz pukal dan berwarna merah dalam saiz nano. |
nanometer | | | Ukuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm. |
histone | | | DNA panjang yang melilit di sekeliling sekumpulan protein sehingga membentuk rantaian manik dengan setiap satu berdiameter 11 nm. Histon terdiri daripada asid amino asas, terutamanya lisina dan arginina dan larut di dalam air. |
femtometer | | | Unit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer. |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.
Lihat selanjutnya... |
|