PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanoparticle reactivity | | | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
atomic spectroscopy | | | Kajian tentang sinaran elektromagnet yang diserap dan dipancar oleh atom. Oleh sebab setiap unsur mempunyai ciri-ciri spektra yang unik maka spektroskopi atom digunakan untuk menentukan kandungan unsur dalam sampel. |
tunneling current | | | Sejenis arus yang berlaku apabila nisbah ketumpatan arus melepasi sawar yang dibahagi dengan ketumpatan arus tuju tersebut yang bernilai bukan 0 (sawar ultranipis dan elektron yang mencukupi), maka elektron tersebut berjaya melepasi sawar. dengan Io = arus tuju, It = arus sawar, E = tenaga dan V = tenaga keupayaan. |
Rayleigh scattering | | | Proses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang. |
|
Puisi |
---|
|
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.
Lihat selanjutnya... |
|