PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
a priori concept | | | Pengetahuan yang diperoleh melalui tanggapan semata-mata dan bukan melalui fakta pengamatan. Contohnya, tanggapan yang dibuat ke atas isu moral atau etika kesan penggunaan nanoteknologi terhadap masyarakat. |
phonon | | | Tenaga yang terkuantum hasil getaran anjal dalam kekisi hablur. Konsep fonon amat penting dalam mengkaji sifat fizik pepejal seperti kekonduksian terma dan kekonduksian elektrik. Fonon dapat bertindak balas dengan elektron seperti yang berlaku dalam fenomena superkekonduksian. |
electron micrograph | | | Imej sesuatu objek yang dihasilkan menggunakan mikroskop elektron. Imej tersebut diambil sama seperti konsep penghasilan fotograf oleh mikroskop biasa tetapi pembesarannya adalah 10 - 10(5) kali ganda. |
magnetic memory | | | Simpanan data digital menggunakan cip berasaskan sifat magnet. Contohnya, cip yang terdiri daripada transistor yang operasinya berasaskan konsep spin elektron dan penerowongan magneto rintangan. |
cellular automaton | | | Sistem diskret yang digunakan untuk mensimulasi kejadian sebenar dengan menggunakan susun atur sel dalam dua dimensi yang muncul secara berperingkat, selaras dengan keadaan sel jiran serta yang bergantung pada simulasi tersebut. Konsep automaton selular akan menjadi asas dalam pembuatan sistem komputer bintik kuantum yang merupakan salah satu hasil pembangunan nanoteknologi masa hadapan. |
|
Tesaurus |
---|
| konsep (kata nama,) | Bahasa Asal :Inggeris | Bersinonim dengan pengertian, idea, pendapat, makna, rang, draf, rencana, tanggapan, gagasan,
idea, teori, kepercayaan, landas, buram, rengrengan., | |
|
|