PeribahasaMemikat balam dengan balam.TakrifMencari wang dengan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.TakrifKasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetali tiga wang.TakrifSama saja; tidak lebih dan tidak kurang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda wang abang saya, tak ada wang abang payah.TakrifKasih sayang hanya kerana memandang harta benda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.TakrifHasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPeluru perak pemecah kubu yang kuat.TakrifWang ringgit dapat memecahkan segala rahsia yang sulit-sulit. peluru perak = wang ringgit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.TakrifOrang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain pendinding miang, wang pendinding malu.TakrifSegala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.TakrifOrang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPinjam kayu ara.TakrifMeminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Semenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi.
Lihat selanjutnya... |
|