PeribahasaYang tajam tumpul, yang bisa tawar.TakrifDengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPisau tiada berbaja, makin dikilir bertambah tumpul.TakrifOrang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLeka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.TakrifGilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLading tak tahu akan majalnya.TakrifTidak insaf akan keadaan dirinya. majal = tumpul, tidak tajam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
87 | You can catch more flies with honey than with vinegar | Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu) | Yang tajam tumpul, yang bisa tawar | If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar. | Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, yang tajam tumpul, yang bisa tawar. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tumpul (adjektif) | 1. Bersinonim dengan majal: puntul, muntul, ketul, pumpun, mampal, Berantonim dengan tajam
2. Dalam konteks otak bersinonim dengan majal, benak, bodoh, dungu, bebal, tele, tele-tele, tolol, tongong, ngong, bangang, bahlul, jahil, sukar mengerti, goblok.,
|
|
Puisi |
---|
|
Ambil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati.
Lihat selanjutnya... |
|