PeribahasaTidak kekal bunga dikarang.TakrifKekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda ubi ada batas, ada masa boleh balas.TakrifPerbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda hujan ada panas, ada hari boleh balas.TakrifPerbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri.TakrifOrang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.TakrifPangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia.TakrifKedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.TakrifOrang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| waktu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,
2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,
| Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu, |
|
|