PeribahasaMasa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur.TakrifMasa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.TakrifMasa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada dapat dua keris di dalam satu sarung.TakrifTiada mungkin seorang perempuan bersuami sampai dua orang dalam satu waktu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelentur biarlah waktu rebung.TakrifMengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.TakrifOrang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.TakrifSerba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| waktu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,
2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,
| Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu, |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih hendak dijahit, Dijahit orang di waktu malam; Kasih abang di luar kulit, Kasih kehendak sampai ke dalam.
Lihat selanjutnya... |
|