PeribahasaPelabur habis, Palembang tak alah.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar penat badan asalkan hati suka.TakrifMengerjakan sesuatu dengan suka hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangan penat memerah, pasu mendapat santannya.TakrifOrang lain yang bersusah payah, orang lain yang merasa nikmatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar badan penat asalkan hati suka.TakrifMengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.TakrifOrang yang sabar akan berhasil usahanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Pelabur habis, Palembang tak alah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaArang habis binasa, tukang hembus penat saja.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti membubul jala buruk.TakrifPenat yang sia-sia. membubul = memperbaiki jala dan pukat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngkat batang keluar cacing gelang-gelang.TakrifBerpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| penat (adjektif) | Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;, | | Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan, |
|
Puisi |
---|
|
Penat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik.
Lihat selanjutnya... |
|