PeribahasaBerapa panjang sarung begitulah kerisnya.TakrifBerbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia.TakrifCakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPanjang langkah, singkat permintaan.TakrifTelah sampai ajalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPanjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut.TakrifBerbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.TakrifCakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.TakrifPerangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak panjang terlalu, patah.TakrifKerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.TakrifSesuatu pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok.TakrifOrang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
46 | Don't bite off more than you can chew | Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. | Berapa panjang luncur, begitulah panjang selimut | Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. | Berapa panjang luncur, begitulah panjang selimut. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
49 | Don't bite off more than you can chew | Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. | Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun | Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. | Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
45 | Don't bite off more than you can chew | Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. | Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. | Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. | Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 49 Don't bite off more than you can chew Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|