PeribahasaJikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan.TakrifJikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerteguran dulu maka berkenalan, mendaki dulu maka tahu lelah.TakrifSetelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis beralur maka beralu-alu.TakrifMula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain ditangkap maka duduk.TakrifKemiskinan yang amat sangat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLah karam maka bertimba.TakrifSetelah mendapat celaka baru ingat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManis udang, maka ketam direbus tak merah?TakrifMenipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengais dulu maka mencocok.TakrifBekerja dulu baru diperoleh yang akan dimakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah merasa maka (= baru) santun.TakrifBaru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah lulus maka diselam.TakrifSetelah pekerjaan selesai baru teringat bagaimana yang baik untuk mengerjakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah habis maka dimakan.TakrifBerhemat cermatlah dalam semua perkara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |