PeribahasaBerenyai bak hujan pagi.TakrifBekerja atau bercakap lambat-lambat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar.TakrifMembuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLambat laga asalkan menang.TakrifBiar lambat asalkan maksud tercapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar lambat laga, asal menang.TakrifMembuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga.TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga.TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti rabuk dengan api.TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai api dengan rabuk.TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing dengan panggang (= balur).TakrifMudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.TakrifPekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat.
Lihat selanjutnya... |
|