PeribahasaLaba sama dibagi, rugi sama diterjuni.TakrifPersahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang.TakrifBila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengaut laba dengan siku.TakrifSelalu hendak beroleh untung banyak saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tahu laba rugi.TakrifBelum tahu baik buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaba tertinggal, harta lingkap.TakrifLaba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerih menentang boleh, rugi menentang laba.TakrifSuka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRugi menentang laba, jerih menentang boleh.TakrifSuka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang taksir hilang laba.TakrifKalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.TakrifMeskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak untung menjadi buntung.TakrifHendakkan laba, rugi yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| laba (kata nama) | Bersinonim dengan keuntungan, untung, hasil, pendapatan, perolehan, dividen, faedah, bonus;, | | Kata Terbitan : berlaba, melabakan, |
|
|