PeribahasaKerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.TakrifMenghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas.TakrifOrang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana jauk penjauk yang kerap.TakrifTerlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat gajah terdorong.TakrifOrang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.TakrifKerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut hang lebih daripada gedembai.TakrifBerkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.TakrifPercakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka.TakrifPergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu.TakrifBerkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.TakrifJangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Saya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang.
Lihat selanjutnya... |
|