PeribahasaSudah diludah dijilat kembali (= balik).TakrifMemuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSesat surut, terlangkah kembali.TakrifMemperbaiki kesalahan yang telah terjadi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelut pulang ke lumpur.TakrifKembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMisai pulang ke bibir.TakrifKembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSirih pulang ke gagangnya.TakrifKembali ke tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan pulang ke lubuk.TakrifTelah kembali ke tempat asalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengembalikan manikam ke dalam cembulnya.TakrifMemikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.TakrifOrang melarat mendapat pertolongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kiambang dilempar.TakrifBercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemiri jatuh ke pangkalnya.TakrifBeroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Burung serindit terbang melayang, Mari hinggap di pohon jati; Wahai adinda kekasihku sayang, Kembali kasih si buah hati.
Lihat selanjutnya... |
|