PeribahasaCubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.TakrifJika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelangkah kaki kanan.TakrifSampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.TakrifJangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.TakrifNasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri.TakrifOrang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan naik matahari naik.TakrifMendapat untung dan bahagia di kiri kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.TakrifSesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLonggar sendat, lapang bertukul.TakrifBerpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi reban sendiri melegas, di reban orang meromok.TakrifBerani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang. melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan (seperti kuda); meromok = duduk meringkuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak.TakrifKeburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Pandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.
Lihat selanjutnya... |
|