PeribahasaTerbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.TakrifKesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga.TakrifOrang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.TakrifKalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiawak kudung masuk kampung.TakrifOrang jahat yang dikenal ramai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti rusa masuk kampung.TakrifTercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti gajah masuk kampung.TakrifOrang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya terhadap orang yang lemah (orang kecil).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam menang, kampuh (= kampung) tergadai.TakrifKeberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.TakrifOrang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti negeri dialahkan garuda.TakrifNegeri (kampung) yang sunyi senyap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung.TakrifTidak mementingkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kampung (kata nama) | Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor,
seksyen, zon;, | | Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan, |
|
Puisi |
---|
|
Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja.
Lihat selanjutnya... |
|